Sambutan Hari Ibu

Peringkat Kebangsaan Tahun 2024

12 Mei 2024 (Ahad)

10.00 pagi

Pusat keluarga lppkn negeri melaka

jalan mitc, ayer keroh

melaka

KAJIAN TINJAUAN PENDAPAT UMUM BERSEMPENA SAMBUTAN HARI IBU 2024

Bersempena sambutan Hari Ibu 2024, sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) melalui Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) sedang melaksanakan Kajian Tinjauan Pendapat Umum secara dalam talian bermula 12 hingga 26 Mei 2024. Selain untuk mengetahui sejauh manakah peranan dan kepentingan seorang ibu dalam institusi kekeluargaan di Malaysia, tujuan utama kajian ini dilaksanakan adalah untuk mengetahui tahap kesejahteraan dan kesihatan mental golongan ibu serta membantu untuk membangunkan sebarang program intervensi yang bersesuaian berdasarkan penemuan kajian kelak.


Tinjauan ini hanya mengambil masa antara 5-8 minit sahaja untuk disempurnakan dan mensasarkan golongan ibu warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas.

Maklumat yang diperolehi adalah SULIT dan hanya digunakan bagi tujuan penyelidikan dan pembangunan program intervensi yang bersesuaian. Perhatian dan

kerjasama puan dalam menjawab soal selidik ini dan berkongsi pautan kepada

rangkaian kenalan, rakan dan ahli keluarga amatlah dihargai.


Pautan tinjauan:

https://forms.gle/JnyGfcGi39vE3kQe8

TEMA HARI IBU 2024

Terima KASIH Ibu

Rasional Tema

Menzahirkan penghargaan kepada ibu-ibu terutama yang turut menjadi suri rumah tangga sepenuh masa menjaga kesejahteraan sesebuah keluarga

Selain mudah disebut dan menjadi ucapan seharian, tema ini juga mendasari kempen nilai KASIH iaitu Kasih Sayang, Akhlak, Sihat & Selamat, Ilmu dan Harmoni.

Ibu yang sejahtera dari segi pengurusan emosi dan tingkah laku akan membentuk keluarga yang resilien dan berdaya tahan.


SAMBUTAN HARI IBU 2024


Berkonsepkan Riadah KASIH: Ibu Sejahtera Emosi.

Sambutan ini akan membawakan konsep riadah dan santai, di samping aktiviti ilmiah dan kerohanian, kemasyarakatan, kesihatan, kesenian dan kebudayaan.


Aktiviti yang akan diadakan melingkupi nilai teras KASIH.

KASIH SAYANG

AKHLAK

SIHAT DAN SELAMAT

ILMU

HARMONI

TAKWIM PROGRAM LPPKN

SEMPENA SAMBUTAN HARI IBU 2024

Gegau Subuh 3.0

Masjid mitc Melaka

Selangor

Kedah

Negeri Sembilan

Kuala Lumpur

Pulau Pinang

Johor

Sarawak

Terengganu

Sabah

Perak

Blurred city sunrise background

Majlis Sambutan Hari Ibu Peringkat Kebangsaan Tahun 2024

12 Mei 2024 (Ahad)

10.00 pagi

Pusat Keluarga LPPKN Negeri Melaka,

Jalan MITC, Ayer Keroh Melaka