12 Mei 2024 (Ahad)
10.00 pagi
Pusat keluarga lppkn negeri melaka
jalan mitc, ayer keroh
melaka
Bersempena sambutan Hari Ibu 2024, sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) melalui Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) sedang melaksanakan Kajian Tinjauan Pendapat Umum secara dalam talian bermula 12 hingga 26 Mei 2024. Selain untuk mengetahui sejauh manakah peranan dan kepentingan seorang ibu dalam institusi kekeluargaan di Malaysia, tujuan utama kajian ini dilaksanakan adalah untuk mengetahui tahap kesejahteraan dan kesihatan mental golongan ibu serta membantu untuk membangunkan sebarang program intervensi yang bersesuaian berdasarkan penemuan kajian kelak.
Tinjauan ini hanya mengambil masa antara 5-8 minit sahaja untuk disempurnakan dan mensasarkan golongan ibu warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas.
Maklumat yang diperolehi adalah SULIT dan hanya digunakan bagi tujuan penyelidikan dan pembangunan program intervensi yang bersesuaian. Perhatian dan kerjasama puan dalam menjawab soal selidik ini dan berkongsi pautan kepada rangkaian kenalan, rakan dan ahli keluarga amatlah dihargai.
Pautan tinjauan pendapat :
Terima KASIH Ibu
Rasional Tema
Menzahirkan penghargaan kepada ibu-ibu terutama yang turut menjadi suri rumah tangga sepenuh masa menjaga kesejahteraan sesebuah keluarga
Selain mudah disebut dan menjadi ucapan seharian, tema ini juga mendasari kempen nilai KASIH iaitu Kasih Sayang, Akhlak, Sihat & Selamat, Ilmu dan Harmoni.
Ibu yang sejahtera dari segi pengurusan emosi dan tingkah laku akan membentuk keluarga yang resilien dan berdaya tahan.
Berkonsepkan Riadah KASIH: Ibu Sejahtera Emosi.
Sambutan ini akan membawakan konsep riadah dan santai, di samping aktiviti ilmiah dan kerohanian, kemasyarakatan, kesihatan, kesenian dan kebudayaan.
Aktiviti yang akan diadakan melingkupi nilai teras KASIH.
KASIH SAYANG
AKHLAK
SIHAT DAN SELAMAT
ILMU
HARMONI
SABAH
LPPKN SABAH, 19 Mei 2024 (Ahad) - Sambutan Hari Ibu Peringkat Negeri Sabah dan Kempen Kesedaran Kanser Reproduktif Wanita (WcaRe) Sempena dengan Kerjasama Kinabalu Pink Ribbon sempena 12th Mother's Day Walk A Breast 2024 telah dijalankan bertempat di Perdana Park, Kota Kinabalu, Sabah.
Program ini telah dirasmikan oleh YABhg. Datin Seri Panglima Datuk Hajah Julia Salag, Isteri YAB Ketua Menteri Sabah merangkap Yang DiPertua MUTIARA GRS. Turut Hadir YBhg. Puan Maria Chong, Ahli Lembaga LPPKN merangkap Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Negeri Sabah dan YBhg. Datin Lucilla Pang, Presiden Sabah Kinabalu Pink Ribbon. Seramai 1500 orang telah menghadiri sambutan ini.
Sambutan yang bertemakan Terima Kasih Ibu dan kempen kesedaran kanser wanita ini telah diisi dengan pelbagai aktiviti seperti ‘Mother’s Day Walk A Breast’, pameran kekeluargaan dan kaunseling keluarga, Kempan WCaRe menawarkan Ujian Subsidi Mamogram dan Ujian Saringan Kanser Serviks HPV DNA termasuk saringan kesejahteraan, sesi santai bersenam, persembahan tarian dan kesedaran kanser, gerai jualan makanan dan minuman, photobooth sempena sambutan hari ibu, pakaian beraneka ragam dan sesi cabutan bertuah.
Sambutan Hari Ibu Peringkat Negeri Sabah dan Kempen Kesedaran Kanser Reproduktif Wanita (WCaRe)
Dengan Kerjasama
Kinabalu Pink Ribbon sempena
12th Mother's Day Walk A Breast 2024
19 Mei 2024 (Ahad)
Perdana Park, Kota Kinabalu, Sabah
Mother’s Day Walk a Breast
Saringan Kanser Serviks HPV DNA dan Saringan Kesihatan
Sesi Santai Bersenam sempena Sambutan Hari Ibu
19 Mei 2024, Ahad - Sambutan Hari Ibu Peringkat Negeri Johor telah berlangsung di Dewan MRSM Batu Pahat, Johor. Program ini merupakan anjuran LPPKN Negeri Johor dengan kerjasama Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Johor dan Pusat Khidmat Parit Sulong.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YB Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat.
Antara aktiviti yang dijalankan Bual Bicara Matahari : Peduli Emosi,Hargai Diri, saringan HPV DNA, pendaftaran mamogram, pameran dan jualan, pertandingan kolaj, mewarna, penyerahan sumbangan bakul makanan, set bersalin MamaCare dan Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR).
Turut disampaikan Anugerah khas kepada Tokoh Ibu Bangsa Parit Sulong iaitu Puan Hajah Saminah binti Sarip.
Selamat Hari Ibu, Terima KASIH Ibu!
Sambutan Hari Ibu Peringkat Negeri Johor
19 Mei 2024 (Ahad)
Dewan MRSM Batu Pahat, Johor
Bual Bicara :
Peduli Emosi
& Hargai Diri
Saringan Kesihatan
Pertandingan Kolaj dan Mewarna
LPPKN Selangor, 19 Mei 2024 (Ahad) - Pada 19.05.2024 (Ahad) terlaksana sudah Sambutan Hari Ibu dan Kempen Kesedaran Kanser Reproduktif Wanita (WCaRe) 2024 bertempat di Pantai Hospital Ampang.
Sambutan bertemakan Terima KASIH Ibu ini telah diisi dengan pelbagai aktiviti menarik seperti Pameran Kekeluargaan dan Kaunseling, Urutan Kesejahteraan Wanita (MamaCare), Ujian Subsidi Mamogram, Ujian Saringan Kanser Serviks HPV DNA dan Saringan Kesihatan.
Selain itu, Terapi KASIH Ibu: Mindfullness De-Stress, Urutan Seri Wajah Ibu dan Forum Terima KASIH ibu turut mengisi sambutan hari ini.
Terima kasih kepada semua rakan strategik program ini, Wanita Berdaya Selangor (WBS), IKRAM Selangor, Pantai Hospital Ampang, Unit Perancangan Ekonomi Negeri (UPEN), Jabatan Pembangunan Wanita (JPW), Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) dan Persatuan Taska Negeri Selangor (PTNS).
LPPKN Kelantan, 18 Mei 2024 (Sabtu) - Sambutan Hari Ibu Peringkat Negeri Kelantan 2024 telah diadakan pada18 Mei 2024. Yang Mulia Tengku Puan Temenggong Kelantan berkenan mencemar duli ke Sambutan Hari Ibu Peringkat Negeri Kelantan 2024 yang diadakan di KB Mall, Kota Bharu. Bertemakan “Terima KASIH Ibu”, sambutan ini diadakan bagi menghargai kepentingan ibu sebagai pendokong utama kesejahteraan keluarga sejajar dengan peranan KPWKM dalam memperkukuh institusi keluarga.
Dalam majlis sambutan ini, YM Tengku Puan Temenggong Kelantan telah berkenan menyampaikan hadiah-hadiah kepada para pemenang Pertandingan Bicara Berirama Sekolah Menengah bertemakan Hari Ibu selain melihat aktiviti pameran dan jualan.
YM Tengku Puan Temenggong Kelantan juga dalam ucapannya agar hadirin dapat memahami dan menghargai sumbangan isteri serta berkongsi tanggungjawab dalam menguruskan rumah tangga.
YBrs. Encik Zaharin bin Bakri Pengarah LPPKN Kelantan dan seluruh warga kerja serta Jawatankuasa Sambutan merafak sembah dan menjunjung kasih atas keprihatinan dan limpah perkenan YM Tengku Puan Temenggong Kelantan mencemar duli ke Sambutan Hari Ibu Peringkat Negeri Kelantan 2024 pada hari ini.
Limpah kurnia lawatan YM Tengku Puan Temenggong Kelantan ini menzahirkan keprihatinan dan kasih sayang Baginda kepada rakyat khususnya wanita-wanita bergelar ibu.
Turut hadir pada majlis ini ialah YB Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita, Kerajaan Negeri Kelantan, YB ADUN Kota Lama, Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri, Pegawai-pegawai Kanan Persekutuan dan Negeri.
LPPKN KEDAH, 28 Mei 2024 - Terima KASIH Ibu. Tema yang diangkat sempena Sambutan Hari Ibu Tahun 2024 ini bersesuaian untuk menzahirkan penghargaan terhadap kepentingan ibu sebagai pendokong utama kesejahteraan keluarga.
Kemuncak sambutan Hari Ibu di Negeri Kedah pada hari ini adalah melalui penganjuran Program Pocket Talk Bicara Kasih Ibu dengan topik Terima KASIH Ibu yang disampaikan oleh En. Noor Sazali bin Mansor, Ketua Unit Penerangan dan Pendidikan, LPPKN Negeri Kedah dan Pn. Badrizawati binti Mohamad Zaki, Ketua Unit Kaunseling Keluarga, LPPKN Negeri Kedah bertempat di Auditorium, Wisma Persekutuan, Bandar Mu'adzam Shah, Anak Bukit, Alor Setar.
Selain itu, turut disediakan perkhidmatan saringan kesejahteraan dan saringan kanser reproduktif wanita, aktiviti kembara kaunseling dan pemeran perkhidmatan LPPKN kepada orang ramai yang menghadiri sambutan ini.
Berucap di hadapan lebih daripada 200 orang yang menghadiri program ini, YBhg. Dr. Hj. Mohammad Zaini bin Mohamud, Timbalan Pengarah, Pejabat Pembangunan Negeri Kedah ketika merasmikan program ini menyeru dan menggalakkan semua untuk mengambil peluang sepanjang bulan Mei untuk meraikan ibu masing-masing sebagai tanda penghargaan yang sedikit sebanyak dapat dijadikan sebagai hadiah buat jasa dan pengorbanan mereka.
Tambah beliau lagi, gunakan tema sambutan kali ini dengan menyemarakkan lagi ucapan Terima KASIH Ibu kepada semua para ibu sama ada melalui lisan semasa bersemuka ataupun apa jua medium komunikasi massa yang boleh menunjukkan rasa penghargaan kepada para ibu.
Turut hadir, YBrs. En. Chai Cheng Ho @ Dennis Chai, Pengarah LPPKN Negeri Kedah dan Pn. Shahiroh binti Othman, Ketua Seksyen Pemantauan dan Penilaian, Pejabat Pembangunan Negeri Kedah.
"Perkhidmatan Insklusif dan Bersepadu Untuk Semua"
Sambutan Hari Ibu Peringkat Negeri Kedah
28 Mei 2024 (Selasa)
Auditorium Wisma Persekutuan, Anak Bukit, Alor Star
Program Pocket Talk Bicara Kasih Ibu
Perkhidmatan Saringan Kesejahteraan
Ucapan
Terima KASIH Ibu
Gegau Subuh 3.0
Masjid mitc Melaka
Pulau Pinang
Kedah
Selangor
Negeri Sembilan
Kuala Lumpur
Sarawak
Johor
Terengganu
Sabah
Perak
Perlis
u